AQIL Story : Animasi Terbaru Di TV Al-Hijrah

Dalam menyebar luaskan dakwah dalam kalangan kanak-kanak dengan cara santai Khalifa Production Sdn Bhd telah menerbitkan sebuah rancangan animasi bersiri, Aqil Story. Rancangan ini memaparkan kisah teladan dari Al-Quran dan hadis yang sesuai untuk kanak-kanak di antara umur 6 hingga 12 tahun. Animasi ini bakal ditayangkan di TV Al-Hijrah pada pertengahan Ramadhan ini.

Aqil Story mengisahkan seorang kanak-kanak pintar berumur 9 tahun yang tinggal di Putrajaya. Aqil adalah abang kepada Ameera dan kawan baik kepada Afif yang agak nakal. Aqil sering dijadikan contoh yang baik kepada keluarga dan rakan-rakannya. Aqil juga amat disenangi oleh rakan-rakannya kerana beliau sering mempunyai kisah-kisah teladan yang menarik untuk dikongsikan.

Menariknya, Aqil Story memaparkan 3 kisah teladan dalam satu episod. Tambah menarik lagi adalah penampilan istimewa lagenda nasyid tanah air, Ustaz Amal yang akan menyampaikan nasihat yang berguna di akhir episod. Musim pertama Aqil Story akan menyiarkan sebanyak 13 episod pada setiap minggu berdurasi 15 hingga 20 minit.

Animasi ini telah mendapat perhatian pihak luar dan kini sedang dialih bahasa ke Bahasa Inggeris dan dijangka siap pada penghujung bulan September 2012.

Advertisements

Posted on August 3, 2012, in Hiburan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: