Islam, Keperluan atau Kemahuan?

Alhamdulillah, bersyukurlah kita akan nikmat terbesar yang Allah bagi pada kita iaitu, nikmat Islam dan nikmat iman. Namun, bersedialah dari segi emosi dan rohani, kerana seterusnya, anda akan mula dicucuk-cucuk dengan perasaan dan pandangan yang berbeza. Pertama-tamanya, buatlah keputusan antara dua, adakah Islam itu keperluan atau kemahuan?

Keperluan vs Kemahuan

Bagi kita yang dilahirkan sebagai Islam, itu baru proses yang pertama. Islam kerana keluarga dan latar belakang. Jadi, hakikat sekarang ini, sebagai manusia yang mempunyai akal dan  fikiran yang cerdas juga hak untuk memilih, adakah Islam itu satu keperluan buat kita? Jawapan saya, tidak! Islam bukan lagi satu keperluan dalam hidup kita. Sebaliknya, ia adalah kemahuan.

Kenapa? Kunci soalan itu dahulu.

Seterusnya, ada antara kita yang tidak dilahirkan dalam keluarga Islam. Jadi, apakah status Islam pada mereka? Keperluan atau kemahuan? Mereka sangat-sangat perlukan Islam, barulah mereka patutnya ada kemahuan terhadap Islam. Ya atau tidak? Tidak. Mereka sepatutnya meletakkan Islam sebagai kemahuan dahulu. Kenapa? Kunci soalan kedua.

Bagi mereka yang dikenali sebagai ustaz ustazah, ayuh kita selami perasaan mereka sebentar. Sama ada, Islam itu keperluan atau kemahuan bagi mereka. Dan bagaimana pula dengan mereka yang kurang mengamalkan cara hidup Islam, apa pula pendapat mereka? Adakah dengan meletakkan Islam sebagai keperluan lebih utama atau sebaliknya?

Mungkin ada antara pembaca yang tidak mampu nak membuat keputusan antara kemahuan atau keperluan. Ada yang berfikiran, kedua-duanya sangat penting untuk ‘menterjemahkan’ Islam dalam kehidupan kita, bukan? Tetapi, sekali lagi, tidak. Kerana untuk benar-benar merasai kehadiran Islam itu, anda cuma mampu memilih antara dua. Buatlah pilihan anda sekarang!

Jika anda masih belum membuat keputusan, berhenti sejenak dan fikirkan. Keperluan atau kemahuan? Jika sudah, barulah kita rungkaikan soalan-soalan yang dikunci tadi.

Soalan yang pertama, bagi mereka yang dilahirkan sebagai Islam, Islam itu satu kemahuan! Mengapa? Kerana, jika ianya satu keperluan, kita hanya akan berada di takuk yang lama. Dari kecil, golongan ini sudah merasai kehidupan sebagai Islam hingga mereka menjadikannya perkara biasa. Oleh itu,jika mereka meletakkan Islam sebagai satu kemahuan, mereka akan lebih menagih untuk mengenali Islam. Seperti telefon bimbit, jika awalnya kita menggunakan nokia sahaja, tapi, kerana kemahuan, kita akan mahukan yang lebih canggih seperti ‘smartphone’. Jadi, kemahuan itu penting untuk ‘upgrade’kan  iman dan ‘obsesi’ kita pada Islam.

Kedua, bagi mereka yang tidak dilahirkan dalam keluarga Islam, mereka patut menjadikan Islam sebagai satu kemahuan. Kenapa bukan keperluan? Kerana! Ulang suara, kerana! Kerana keindahan Islam. Analogi, sebagai contoh, apakah sebab kita mahukan ‘smartphone’? Sudah tentunya sebab ia sudah menjadi satu trend dalam masyarakat kita, bukan? Sama juga dengan Islam, jika kita sebagai non-muslim, antara perkara pertama yang kita akan perhatikan adalah masyarakat Islam itu sendiri. Adakah kita jenama ‘smartphone’ yang menjadi kegilaan atau ‘nokia’ yang digelar lapuk. Andai kata, jika non-muslim meletakkan Islam sebagai keperluan dan bukannya kemahuan, salahkan diri kita sendiri kerana tidak mampu meletakkan jenama Islam  di tempat yang tinggi. Satu cara untuk kita menilai diri dan masyarakat Islam kita kini.

Akhir  sekali, Islam itu satu keperluan ke atau kemahuan untuk dua golongan yang berbeza? Jawapannya, tiada. Kerana Islam itu bukanlah keperluan mahupun kemahuan tetapi Islam itu Islam. Ianya menyeluruh. Kepada yang tidak mampu membuat pilihan sebentar tadi, jangan berasa lega sebaliknya, fikir semula kenapa anda tidak dapat memilih salah satu jawapan. Adakah kerana anda takut membuat pilihan? Atau adakah anda benar-benar yakin bahawa Islam itu bukanlah keperluan mahupun kemahuan. Ianya bukan satu barangan.  Muhasabah kembali sejauh mana anda mengenali dan kasih pada Islam itu sendiri.

Akhir kata, maaf salah silap, artikel ini, hanyalah untuk membiarkan kita semua berfikir sejenak. Malah, sambil menaip kalam ini pun, penulis sendiri terasa keliru dan was-was. Sesungguhnya, apa yang disampaikan datang dari Allah juga. Pastinya, yang buruk itu melalui kelemahan saya sendiri.

Sekian, selamat bermuhasabah. Semoga bermanfaat.

Keperluan atau kemahuan?

Advertisements

About Annur

Penulis merupakan seorang pelajar lepasan Matrikulasi Johor yang kini sedang menuntut di UPM.

Posted on September 15, 2012, in Dakwah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: