Perempuan,Musang berjanggut dan Maruah

“AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN.ADAPUN ANAK-ANAK MENTERI DATUK MENTERI SEKALIAN TIDAK LAYAK MENJADI ISTERI PATIK TUANKU!”

“TIDAK LAYAK? SEBAB?”

“MEREKA SEMUA BUKANLAH PEREMPUAN…

TETAPI BETINA SEMATA-MATA”

“TUN NILA, APA BEZANYA PEREMPUAN DENGAN BETINA?”

“AMPUN TUANKU. PEREMPUAN MEMELIHARA MARUAH. TETAPI BETINA MENJUAL MARUAH.”

Petikan dialog dari filem klasik Musang Berjanggut lakonan dan arahan P Ramlee mencuit minda dan rasa.Sudah berkali-kali menontonnya tetapi entah mengapa terasa seperti suatu pembelajaran yang lebih bermakna berbanding menontonnya pada suatu masa dahulu.

 

Isu “perempuan” dan “maruah” sangat berkait rapat. Maruah diri adalah soal kehormatan diri yang tidak boleh kita jadikan sebagai satu kompromi dalam kehidupan. Antara ciri seorang yang memelihara diri adalah bijak membuat pilihan ,terutama dalam soal nilai,prinsip dan akhlak.

 

Baru-baru ini penulis sempat bersama rakan-rakan menerokai kehidupan di Kuala Lumpur;satu nama yang tidak asing bagi kita semua. Apa yang bisa penulis katakan;Kuala Lumpur adalah satu dunia tanpa sempadan dan batasan yang sangat merbahaya bagi seorang insan yang bergelar perempuan.Namun sebenarnya itu bukanlah satu alasan untuk kita lari kewajipan dan hukum yang telah digariskan oleh Allah SWT. Penulis teringat kata-kata seorang ustazah di dalam Kem Girl Talk,anjuran Persatuan Mahasiswa Islam,Ustazah Sharifah Daurah:

“KALAU MAHU UKUR KEKUATAN KITA ,UKURLAH DIRI SEJAUH MANAKAH KITA

TIDAK HANYUT DALAM ARUS DUNIA”

 

Tun Nila Utama lakonan P Ramlee adalah anak angkat kepada Sultan dan bakal mewarisi takhta yang akan ditinggalkan.Bukan sahaja dia tidak mahu memilih anak-anak pembesar sebagai isteri,malah dianggap menghina mereka.Nyawa dipertaruhkan apabila kemurkaan ayahandanyauntuk mencari “perempuan”sebagai isteri dalam tempoh masa setahun.Jika gagal,risikonya ialah Tun Nila akan dihukum bunuh.

 

Puspawangi ,anak gadis kampung yang akhirnya menjadi pilihan Tun Nila. Secara ringkas,cara yang digunakan oleh Tun Nila untuk membezakan “perempuan” dan “betina”. Dicampurkan segala macam bahan beras,garam, gula,cili rempah ratus dalam satu uncang.

 

Namun plot filem tersebut,penulis amat tertarik dengan sikap dan puspawangi yang sangat bersopan-santun dan ayu.Sepanjang perjalanan menuju ke rumah

Puspawangi,corak pemikiran Puspawangi amat mencuit minda penulis, payung digunakan untuk berlindung dari ranting dan juga najis haiwan dari atas pokok!

 

APABILA DITANYA KEPADA PUSPAWANGI:

“ORANG YANG TAKUT DENGAN PANAS TERIK MENTARI ADALAH ORANG YANG KURANG BIJAK SEDANGKAN CAHAYANYA YANG BERSINAR DIPERLUKAN UNTUK KEHIDUPAN”

 

Kata-kata tersebut membuatkan penulis mula terfikir kepada soal tabarruj,berlebih-lebihan dalam cara pemakaian untuk menunjuk-nunjukkan kepada none mahram. Tidak cukup dengan mascara,lipstick,eyeliner,blusher dan macam-macam lagi jenis barang kosmetik yang sebenarnya lebih mudarat dari satu sinaran mentari. Setiap yang Allah ciptakan pasti akan ada hikmahnya.Tak perlu untuk kita menyesali sebaliknya kita perlulah mensyukuri kerana dengan itulah menyebabkan hati kita berasa tenang. InsyaAllah.

 

Dalam masa yang sama,ketika Puspawangi meranduk air sungai,gadis itu tidak membuka kasut.Kerana keselamatan kaki lebih penting dari sepatu. Sepatu rosak boleh diganti, kaki yang rosak tidak bermakna lagi. Ini satu analogi yang dapat penulis kaitkan, rata-rata sahabat- sahabat yang sudah mempunyai pilihan hati yang tersendiri tidak sanggup memutuskan satu perhubungan yang tidak diredhai kerana mahu menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing tetapi dalam masa yang sama sanggup merelakan diri dipermainkan sehingga tergadai maruah. Dan sekarang, siapa yang perlu dipersalahkan??? Tepuk Dada Tanya Iman ^____^

 

“ANTARA TANDA KEREDAAN ALLAH TERHADAP MANUSIA ADALAH APABILA KITA TERDORONG MELAKUKAN KEBAIKAN

DAN ANTARA TANDA KEMURKAAN ALLAH ADALAH APABILA KITA TERDORONG MELAKUKAN KEMAKSIATAN”

 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya atas dosa dan kesilapan insan kerana rahmat Allah itu terlampau luas,di sisi Allah,andai kita dimasukkan ke dalam syurga bukan dek kerana kita sentiasa berada di atas tikar solat sepanjang hayat kita tetapi ada riwayat menyatakan seorang pelacur masuk ke dalam syurga dengan memberi makan seorang haiwan iaitu anjing!

 

Sebagai intiha,ingin penulis mengingatkan kepada semua muslimah di luar sana jangan berhenti mencari ilmu dan teruskan berjuang.InsyaAllah segala-galanya boleh kerana “KNOWLEDGE IS THE POWER” dan pernah lokek untuk berkongsi ilmu di samping mempraktikkan ilmu yang dimiliki mendambakan praktikal begitu jua sebaliknya dan mudah-mudahhan Allah memberi kemudahan untuk mencapai kemanisan iman,InsyaAllah.

 

Penulis : Najah Al-Huda

Advertisements

Posted on September 23, 2012, in Dakwah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: