Jadilah Imamku

Sering kali, kata-kata cinta itu untuk sang wanita, jadi, wahai Adam, inilah kata-kata cinta buat anda..

Wahai dirimu yang datang perlahan,
penuh dengan kesederhanaan,
tanpa kuduga, pemilik senyuman yang menenangkan itu,
makin mengetuk pintu hati ini,
dengan peribadimu dan hidupmu sendiri.

Tidakku minta engkau sempurna,
Tidakku minta engkau kaya dengan dunia,

Cuma,

Ku pinta kau teguhkan cinta berpaksi kerana-Nya.

Wahai dirimu yang datang perlahan,
yang jujur dan sabar menanti pintu hati ini terbuka,
Usah kau persiakan hidupmu dengan sesuatu yang sia-sia.
Jangan kau letakkan harapan pada sesuatu yang fana.
Usah kau pinta huluran cintaku, selagi aku tidak halal buatmu.

Wanita itu fitnah,
Aku ini boleh menjadi fitnah buatmu, namun
Ubahlah ia dengan satu lafaz yang menjadi pengikat dua hati keranaNya

Jadilah imamku,
Dalam menongkah kehidupan dunia
Dalam meniti suratan takdir yang tak pasti
Sebagai sumber kekuatan
Sebagai pelindungku,
Sebagai temanku hingga ke syurga.

Jadilah imamku,
Bukan dengan dunia menjadi hantaran,
Bukan dengan cinta menjadi mahar
Cukuplah dengan keikhlasan keranaNya,
aku akan menantimu, wahai bakal imamku.

p/s: Agamamu adalah cintaku

Advertisements

About Annur

Penulis merupakan seorang pelajar lepasan Matrikulasi Johor yang kini sedang menuntut di UPM.

Posted on October 7, 2012, in Puisi & Cerpen. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: