Cium???

 

Ketika itu kami berada dalam sebuah bilik kuliah yang agak kecil. Mungkin boleh memuatkan seramai 100 orang sahaja. Aku dan teman-temanku, duduk sebaris di bahagian yang agak kebelakang sedikit. Di hadapan kami, sekumpulan gadis bersama kawan-kawan lelaki mereka sedang berborak suka. Mereka sahaja yang duduk bercampur lelaki perempuan. Manakala, di bahagian tempat duduk hadapan sekali, dipenuhi dengan pelajar-pelajar lelaki. Pelajar perempuan lain pula memenuhi  tempat duduk di belakang kami.

Seketika, kuliah menjadi senyap. Rupa-rupanya, semuanya terpegun apabila melihat sekumpulan orang Barat masuk ke dalam kuliah kami. Salah seorangnya lelaki yang sangat tinggi dan dia lebih menyerlah berbanding yang lain.

Lelaki itu terus sahaja bersalaman dengan semua lelaki di hadapan. Aku fikirkan semuanya normal sehinggalah, lelaki itu sampai di tempat duduk kumpulan gadis di hadapan kami.   Apabila lelaki Barat itu sudah selesai bersalaman dengan lelaki-lelaki di tempat mereka, gadis yang pertama bangun, lalu bersalaman dengannya. Bukan setakat itu, gadis itu juga mencium lelaki itu! Mengucup bibir ke bibir! Terhenti seketika jantung ini melihat perkara itu. Aku dan kawan-kawanku, cuma mampu menutup mata ketakutan. Debaran! Otak ku giat berfikir, “perlukah aku cium?”, “patutkah aku lari?” “aku nak buat apa?” Aku membuka mataku sedikit. Kawan-kawan gadis tadi turut mencium lelaki Barat itu. Aku secara tidak sedar  bertanya, “kenapa perlu begitu?”

Lalu, dijawabnya mereka, “Ini adat mereka, kita kena meraikan mereka. Mereka datang jauh.”

Saat itu, aku melarikan pandanganku ke arah lelaki-lelaki lain yang berada di depan. Semuanya kaku. Semuanya tidak mahu masuk campur. Semuanya tidak mahu menentang. Aku keliru.

Aku memandang kawan-kawanku yang lain, semuanya takut, malu. Aku duduk di tempat yang paling tepi, jadi, sekiranya mengikut turutan, aku yang perlu ‘bersalaman’ dahulu dengan lelaki itu. Aku memegang tangan kawan sebelahku. Takut! “Adakah aku patut salam dan cium mengikut adat mereka atau aku patut menjaga martabatku sebagai seorang muslimah? Ya Allah! Kenapa hati aku ni boleh rasa was-was!”

Kawanku perasan aku dalam ketakutan. Dia tahu, aku tidak mahu bersalaman dengan lelaki itu. Lalu, dengan terpaksa dia bangun. Menghampiri lelaki itu, lalu, terketar-ketar untuk mencium lelaki itu. Dek kerana kawanku agak pendek, susah untuk dia cium mulut ke mulut. Cuma seketika sahaja ciuman mereka. Selesai kawanku itu, lelaki itu memandangku pula. Aku menoleh ke tempat lain.

Takut!

Lalu, lelaki itu berkata, “Mari kita main satu game. Saya ada satu kotak yang penuh dengan arahan-arahan. Kalau awak dapat arahan cium, jadi awak kenalah cium saya.”

Aku masih takut.Tidak berani untuk bergerak. Lalu, seorang kawanku lagi bangun untuk menggantikan giliranku. Dia mengambil kotak itu lalu memilih salah satu arahan yang berada dalam kotak itu. “Cium” Lalu, kawan aku mengucupnya. Aku terasa bagai gelap duniaku melihat kawan-kawanku dengan mudah sahaja mengikut telunjuk lelaki tadi. “Kita orang melayu! Kita ada adat sendiri! Kenapa? Kita orang Islam! Ini keadaan terdesakkah?”

Sambil aku melayan perasan yang bercampur baur itu, kawan ku yang yang paling baik antara kami bangun. Dia pula mendekati lelaki tadi, lalu memilih satu arahan. Usai membaca arahan itu, dia mengambil sehelai kertas dan sebatang pen, lalu menulis.

Arahan: Tuliskan perkara yang anda inginkan.

Saya nak senaraikan tujuh keinginan saya, tidak termasuk yang pertama ini, dan semua orang termasuk lelaki Barat ini perlu ambil tahu dan penuhi hasrat saya jika perlu.

Aku memanggil salah seorang lelaki di hadapan untuk terjemahkan kepada lelaki Barat tadi. Selepas, lelaki Barat itu memahaminya, kawanku itu terus menulis hasrat-hasratnya. Saat itu, aku melihat lelaki Barat itu agak terkejut tetapi ditahannya agar tidak ketara.

Hasrat-hasratnya:

1)      Saya ingin menjadi seorang muslimah yang baik

2)      Saya ingin kembangkan Islam

3)      Saya inginkan semua orang untuk menutup aurat

4)      Saya inginkan semua orang menjaga akhlak mereka

5)      Saya ingin semua berpegang dengan tali Allah

6)      Saya inginkan kaum lelaki yang kuat mempertahankan kaum wanita

7)      Saya inginkan lelaki Barat ini menghormati kami para muslimah, dan berhenti mencemarkan maruah kami.

 

Lelaki Barat itu cuma terangguk sahaja mendengar segala permintaan kawanku itu. Selepas segalanya selesai dan lelaki Barat itu pulang, barulah kami tahu, dalam kotak itu, cuma tertulis arahan ‘cium’ sahaja. Apabila ditanya, kawanku menjawab, “Dia tidak katapun kita tidak boleh mengubah arahan yang kita dapat.” Waktu itu baru aku mengetahui sebab lelaki Barat itu terkejut.

Moral: Janganlah kita terikut-ikut budaya orang lain, hingga agama dan adat kita sanggup dipertaruhkan. Jadilah kawan yang terakhir sekali itu, berani, dan tidak tunduk dengan sesuatu ang tidak munasabah. Sekian. Semoga bermanfaat.

Advertisements

About Annur

Penulis merupakan seorang pelajar lepasan Matrikulasi Johor yang kini sedang menuntut di UPM.

Posted on October 23, 2012, in Puisi & Cerpen. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: