Nifas Dan Penjelasannya

Tentang Nifas

Erti nifas dari segi syarak ialah darah yang keluar dari rahim selepas seseorang wanita itu bersalin. Darah nifas yang dimaksudkan dalam mazhab Imam Syafie termasuklah bersalin hidup, mati atau keguguran sama ada mengikut cara pembedahan atau normal.

Ciri-Ciri Darah Nifas

Ciri-ciri darah nifas yang perlu diketahui ialah pada hari pertama hingga ketiga, warnanya merah. Kemudian, ia akan bertukar merah pucat sehingga hari yang ke 10. Selepas itu, darahnya akan bertukar kuning keputihan dan tempoh minimum nifas adalah hanya seketika ataupun satu lahzah. Tempoh normal nifas adalah selama 40 hari.

Dalil yang mengatakan waktu ghalib nifas adalah 40 hari adalah seperti berikut;

“Ummu Salamah melaporkan perempuan yang bernifas pada zaman Rasulullah menunggu nifasnya selama 40 hari.”

(Dilaporkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi)

Mengikut mazhab Syafie juga, tempoh permulaan nifas untuk wanita yang beranak kembar adalah selepas melahirkan anak kedua. Darah yang mengalir selepas kelahiran bayi pertama dikira darah fasad atau haid.

Tempoh maksimum nifas adalah 60 hari. Ini adalah kerana semasa waktu hamil, wanita tetap juga menghasilkan darah fasad atau haid setiap bulan. Cuma darah itu tertahan daripada mengalir keluar kerana ada kandungan bayi. Maka pada 4 bulan kandungan ditiupkan roh ke atas bayi, maka darah yang dihasilkan pada bulan ke 5 dijadikan makanan kepada bayi tersebut sehingga tiba waktu kelahiran. Maka darah yang tertahan selama 4 bulan pertama semasa bayi dalam kandungan itulah darah nifas yang akan keluar pada waktu hari kelahiran. Dan telah kita ketahui bahwa waktu maksimum haid itu adalah 15 hari 15 malam, maka waktu maksimum nifas adalah 60 hari kerana terdapat 4 kali pada darah dihasilkan semasa bayi dalam kandungan 4 bulan yang pertama. Maka mengikut kiraan matematik; 4X15 hari maksimum haid=60 hari.

MAKA, apa yang diharamkan semasa haid juga tetap haram pada wanita yang mengalami nifas pada waktu tempoh nifasnya.

Menentukan Darah Nifas

 

Sebagai contoh seorang wanita itu mengalami nifas daripada awal waktunya kelahiran bayinya, dan tiba-tiba pada hari ke 10 darahnya berhenti, dan pada hari ke 26 pula darahnya keluar mengalir semula sehingga hari ke-30, maka darah yang keluar pada hari ke 26 sehingga hari ke-30 itu tidak dikira sebagai darah nifas, ia dikira darah istihadhah atau darah fasad/haid jika cukup ciri-ciri darah haid kerana terdapatnya waktu renggang berhenti nifas itu 15 hari walaupun masih dalam waktu maksimum nifas iaitu 60 hari. Masalah ini adalah seperti berikut:

Maka jelaslah daripada carta waktu di atas ini mengenai masalah menentukan darah nifas. Jika terdapat renggang 15 hari di dalam waktu maksimum nifas

iaitu 60 hari maka darah yang keluar selepas renggang 15 hari itu bukanlah darah nifas. Ia adalah darah Istihadhah atau darah fasad/haid jika cukup ciri-ciri haid.

Namun jika renggangnya daripada keluar darah nifas itu kurang daripada 15 hari, maka darah yang keluar selepas waktu renggang itu dihukumkan sebagai darah nifas mengikut pandangan Mazhab Syafie.

MASALAH: Jika di dalam waktu maksimum nifas itu mempunyai perubahan sifat,warna,dan bau darah. Sebagai contoh seorang perempuan itu bermula nifas selepas daripada kelahiran BAYI PERTAMANYA (Ini bermakna perempuan tersebut tidak mempunyai adat nifas lagi). Darahnya mengalir sehingga hari ke-20. Tiba-tiba bermula daripada hari ke-21 itu ada perubahan warna,sifat,dan bau atau dikenali sebagai Tamyiz, maka dihukumkan bahawa darah nifasnya itu hanyalah 20 hari yang pertama,dan darah yang selebihnya itu dikenali sebagai darah Istihadhah dengan syarat darah yang selepas hari ke-21 itu tidak melebihi hari yang ke-60. Cartanya adalah seperti berikut;

Jika darah yang keluar yang keluar selepas hari ke-20 itu melebihi hari ke-60,

maka dihukumkan nifasnya itu 60 hari yang pertama dan darah yang keluar selepas hari ke-60 itu adalah darah Istihadhah atau haid jika cukup sifat haid. Perkara ini berlaku jika ada berlaku Tamyiz sahaja, jika tiada berlaku Tamyiz, maka bagi perempuan yang baru pertama kali melahirkan anak maka dihukumkan darah nifasnya hanyalah se’lahzah’ ataupun seketika kerana dia tidak mempunyai ‘adat nifas lagi.

*Dan jika seseorang wanita itu sudah mempunyai ‘adat nifas, dan tiba-tiba berlaku Tamyiz di dalam waktu nifasnya itu. Maka perlulah dia melebihkan

Tamyiz daripada adat nifasnya iaitu dihukumkan darah nifasnya adalah darah yang sebelum berlaku Tamyiz, dan darah yang keluar selepas berlaku Tamyiz itu adalah dikira darah Istihadhah. Sebagai contoh seperti cartanya yang berikut;

*Jika seorang wanita itu mempunyai adat nifas tetapi tidak mengalami Tamyiz, maka perlulah dia mengikut adat nifasnya itu.

Sekian, semoga bermanfaat.

Penulis asal: Wan Aslam

Advertisements

Posted on October 28, 2012, in Dakwah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: