Tanpa Islam.

Aku pernah bermimpi, tentang dunia tanpa Islam. Sangat mengerikan. Aku memberi salam, “Assalammualaikum..”  tiada siapa yang menyahut. Ku ulangi kembali salam itu, takut mereka tidak mendengarnya, namun dibalas dengan, “Apa kau merepek ni, dowh”

Aku tersentap. Lalu ku jawab, “Aku bagi salamlah, apa lagi! Dosa tak balas, taw” dengan nada berjenaka mengharapkan, merekapun bergurau sahaja.

“Salam?? Apa benda tu? Kau biar betul?” seorang lagi berkata kepadaku dengan nada serius. Muka ku mula merah menahan marah. Mereka sudah lebih! Mereka tak patut bergurau begitu!

“Hey, kitakan Islam, janganlah buat-buat tak tahu!” sergahku.

Semua di situ memandangku dengan pelik, lalu semuanya ketawa, “Kau dah gilalah! Islam? Apa benda tu?”

Aku terjaga dari tidur tatkala mendengar jawapan mereka, aku terkesima. Perit terasa di hulu hatiku yang ketika itu keras sekali menentang suruhan Allah. Ya, aku tidak solat. Aku berpuasa kerana mahu berlumba untuk duit raya. Aku tidak sepenuhnya menyembah Allah Yang Esa. Aku Islam hanya pada nama. Tapi, saat itu ku berfikir, tanpa Islam, siapalah aku? Tanpa Islam, bagaimanakah hidupku? Tanpa Islam, adakah kebebasan yang aku ingin nikmati selama ini, sebenarnya berbaloikah??? Tanpa Islam, dunia bagaimanakah akan ku hadapi?

Itu kisah ku di tingkatan 2.

Baru-baru ini aku bermimpi lagi. Sebelum itu, aku terbaca komen di laman muka buku. “ Tak payahlah hantar tentera bagai ke Palestin tu. Doa dah cukup dah. Nanti, kalau kita hantar tentera, Malaysia pulak jadi sasaran.”

Bergetar satu badanku saat membaca itu. Aku terfikir, inikah saudara seIslam? Apa yang kita takut sebenarnya? Sakitnya hati aku saat itu tidak mampu dirawat.

Beberapa hari selepas itu, aku membaca al-Quran,dan aku menemui ayat berikut,

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sunguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.”
[59:10]

Airmataku mengalir. Dalam hatiku membisik, “Ya, beginilah sepatutnya ukhwah yang ada antara kita saudara seIslam. Kenapa tidak kita sekarang begini??” Tanpa mengenal siapapun, asalkan mereka turut mengucapkan kalimah syahadah, itulah saudara kita yang patut dicintai!

Lalu ku teruskan bacaanku dengan pandangan yang kabur dek airmata. Ayat seterusnya,

“Tidakkah engkau memerhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudaranya, yang kafir di antara ahli kitab, “Sungguh, jika kamu diusir niscaya kamipun akan keluar bersama kamu, dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapapun demi kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantumu.” Dan Allah menyaksikan bahawa mereka benar-benar pendusta.
[59: 11]

“Sungguh, jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tidak akan keluar bersama mereka, dan jika mereka diperangi, mereka juga tidak akan menolongnya, dan jika mereka menolongnya pastilah mereka akan berpaling lari ke belakang, kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan.”
[59:12]

Makin tertusuk hati ini membaca ayat itu, “jika kamu diusir, kamipun akan keluar bersama kamu” tapi apa yang kita buat? Duduk diam memandang berita. Sekali sekala menangis melihat anak-anak kecil dibunuh kejam. Sekali sekala berdoa itupun jika teringat!

Kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapapun demi kamu” Aduh,  lagi perit! Ramai antara kita, hanya dok doa sahaja! Belakangan ini, boikot lagi kuat dilakukan demi menyokong Palestin dan saudara kita yang terancam! Tetapi, kebanyakan dari kita, untuk memboikot McDonald pun sangatlah susah untuk kita buat! Kenapa? Kenapa! Kenapa terlalu banyak alasan?? Siapa kita? Siapa umat Islam di Palestin?? Tidakkah kita saudara? Kenapa kita patuh pada mereka yang ingin menjatuhkan Islam?

“Jika kamu diperangi, kami akan membantumu”  Demi Allah, sebanyak manakah yang kita buat untuk mereka? Ada yang kata, “Kita kena bantu ikut kemampuan kita. Jihad kita di sini walaupun jauh.” Aku tidak menafikan kata-kata itu namun ingin aku kongsikan apa yang pernah aku terbaca dari sahabatku, “Mujahadah itu adalah BUAT SESUATU KERANA ALLAH….SAMPAI TAK LARAT!” Jadi, sudah tidak laratkah kita menyokong, boikot dan paling kurang pun berdoa untuk saudara kita di sana?

Refleksi diri.

Hatiku terusik. Adakah hatimu terusik? Berbalik kepada mimpiku yang baruku alami baru-baru ini. Selepas hatiku tidak keruan untuk berminggu, aku mimpikan tentang Malaysia diserang oleh Israel dan sekutunya. Tahukah anda apa yang terjadi? Lebih ramai yang MURTAD dari yang berjuang! Lebih ramai yang sanggup lepaskan ‘title’ Islam dari menegakkan Islam.

Malah, ketika kami, kaum wanita dan insan lemah berlindung di satu markas, kata-kata yang aku dengar cuma, “Aku sepatutnya mengaku MURTAD dari aku terbunuh! Daripada anak aku mati, aku sanggup!”

Penyakit wahan sudah menularkan saudaraku sekalian. Terlalu cintakan dunia, dan terlalu takutkan mati. Aku yakin, inilah yang akan terjadi pada umat Islam di Malaysia JIKA tidak menghayati erti Islam, jika hidup setakat mengejar dunia dan jika kita LEMAH dan tidak meletakkan segala-galanya kerana Allah. Aku mula mengingati kembali mimpiku yang dulu, “Tanpa Islam, siapa sebenarnya aku? Adakah kebahagiaan dan nikmat dunia ini lebih baik dari hidup tanpa Allah di sisi? Adakah bahagianya dunia ini akan mampu mengubati derita ku di akhirat kelak?”

Untuk pengakhiran cerita ini, aku kongsikan ayat dari Surah yang sama iaitu yang ke 59 ayat 19.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang orang fasik.”

Sekian dariku.

Advertisements

About Annur

Penulis merupakan seorang pelajar lepasan Matrikulasi Johor yang kini sedang menuntut di UPM.

Posted on November 27, 2012, in Dakwah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: