Author Archives: Annur

Tanpa Islam.

Aku pernah bermimpi, tentang dunia tanpa Islam. Sangat mengerikan. Aku memberi salam, “Assalammualaikum..”  tiada siapa yang menyahut. Ku ulangi kembali salam itu, takut mereka tidak mendengarnya, namun dibalas dengan, “Apa kau merepek ni, dowh”

Read the rest of this entry

Advertisements

Mujahadah Cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sering kita ucapkan namun penghayatannya kurang, maka, sebelum kita teruskan membaca, banyakkan istighfar dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita termasuklah, perasaan kasih dan sayang yang dimiliki oleh kita semua. Cinta yang hadir dengan izin-Nya Yang Maha Kuasa. Read the rest of this entry

Jalan Menuju Mu [part 1]

Hidayah, taufik, cinta Allah malah syurga yang diimpikan umpama angin lalu sahaja. Kita tahu ianya ada, kita rasa kehadirannya, kita boleh merasai nikmatnya sebentar bila dibayangkan secara samar-samar tetapi, kita tidak pernah teringin untuk mengejarnya. Siapa saja yang akan mengejar angin?? Read the rest of this entry

Cium???

 

Ketika itu kami berada dalam sebuah bilik kuliah yang agak kecil. Mungkin boleh memuatkan seramai 100 orang sahaja. Aku dan teman-temanku, duduk sebaris di bahagian yang agak kebelakang sedikit. Di hadapan kami, sekumpulan gadis bersama kawan-kawan lelaki mereka sedang berborak suka. Mereka sahaja yang duduk bercampur lelaki perempuan. Manakala, di bahagian tempat duduk hadapan sekali, dipenuhi dengan pelajar-pelajar lelaki. Pelajar perempuan lain pula memenuhi  tempat duduk di belakang kami. Read the rest of this entry

Jadilah Imamku

Sering kali, kata-kata cinta itu untuk sang wanita, jadi, wahai Adam, inilah kata-kata cinta buat anda..

Read the rest of this entry

Islam, Keperluan atau Kemahuan?

Alhamdulillah, bersyukurlah kita akan nikmat terbesar yang Allah bagi pada kita iaitu, nikmat Islam dan nikmat iman. Namun, bersedialah dari segi emosi dan rohani, kerana seterusnya, anda akan mula dicucuk-cucuk dengan perasaan dan pandangan yang berbeza. Pertama-tamanya, buatlah keputusan antara dua, adakah Islam itu keperluan atau kemahuan?

Read the rest of this entry

Ukhwah Yang Aneh

Hubungan antara manusia itu banyak. Hubungan kekeluargaan, hubungan kekasih, hubungan persahabatan dan banyak lagi. Semuanya bergantung pada niat dan sejauh mana kita mengenali seseorang. Tetapi, wujud juga satu hubungan yang aneh, yang tidak dapat dijelaskan dengan nyata tentang nikmatnya, hubungan yang tidak memerlukan kita saling mengenali dengan rapat untuk menjalin hubungan itu, hubungan yang bermula atas dasar saudara seIslam yang lebih dekat lagi dikenali sebagai ukhwah. Ukhwah yang aneh.

Read the rest of this entry

Di Sebalik Tawa

“Perempuan yang banyak cakap dan banyak ketawa adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam.” –uai-
Kata-kata yang sangat mendalam maksudnya. Read the rest of this entry

Syawal Itu Bulan..??

Saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim antara keluarga memang menjadi satu ‘trend’ sempena Syawal. Lucunya, amalan ini hanya dilakukan semasa Syawal sahaja. Jika Ramadan bulan ‘ibadah’ semata-mata,tidak salah pula kalau digambarkan Syawal bulan ‘kemaafan’ sekiranya kita pandang dari segi perspektif masyarakat kita. Mentaliti kelas ketiga.  Tapi, apakah sebenarnya makna bulan ini? Read the rest of this entry

Eee..Tak Puasa!

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Tapi, persoalan yang mungkin masih berlegar pada segelintir orang adalah mengapa orang yang puasa tidak semestinya solat. Mengapa orang yang tidak menutup aurat pun turut berpuasa. Kenapa umat kini lagi mementingkan puasa daripada perkara-perkara lain yang sepatutnya dititiberatkan dalam kehidupan kita sebagai muslim.Rupanya, puncanya hanya satu iaitu terletak pada ayat, “Eee, tak puasa!” Read the rest of this entry