Category Archives: Berita Semasa

PBB: Gaza tidak sesuai untuk kehidupan menjelang 2020 melainkan tindakan segera diambil

GAZA – Semenanjung Gaza akan menjadi kawasan yang tidak sesuai untuk kehidupan manusia menjelang 2020, sekiranya tindakan segera tidak diambil untuk memperbaiki kedaifan yang dialaminya daripada segi kemudahan sanitasi, bekalan elektrik, pendidikan dan kesihatan untuk memenuhi keperluan penduduk generasi muda di kawasan itu, yang terus meningkat, kata laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin. Read the rest of this entry

Kopiah sufi dapat sambutan

PASIR PUTEH – Seorang usahawan di sini tidak menyangka kopiah yang dijahit untuk kegunaan sendiri pada awalnya, menarik minat kawan-kawan untuk membelinya sehingga dia menjadikan usaha itu sebagai sumber pendapatan.

Rosli Ngah, 40, berkata, semua itu menjadi perangsang untuk dia menghasilkan kopiah sufi dengan menggunakan wang simpanan peribadi sebagai modal permulaan. Read the rest of this entry

Terengganu mula sambutan merdeka dengan solat hajat

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara mulai hari ini bermula dengan solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sambutan akan diteruskan pada pagi Jumaat dengan perhimpunan kakitangan agensi kerajaan dan swasta, pasukan keselamatan serta para pelajar sekolah pada pukul 7.15 pagi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Read the rest of this entry

Serangan udara ragut puluhan nyawa di Damsyik

DAMSYIK – Sekurang-kurangnya 60 terkorban selepas dua jet pejuang milik tentera kerajaan melancarkan serangan bertubi-tubi di pinggir Damsyik, menurut aktivis, kelmarin.

Mereka menyatakan insiden lewat malam kelmarin itu dipercayai adalah serangan balas susulan daripada tindakan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggempur dan menawan beberapa pusat pemeriksaan askar kerajaan di pinggir Saqba. Read the rest of this entry

Ribuan pelarian Syria terkandas

DAMSYIK – Pemberontakan untuk menjatuhkan Presiden Bashar Al-Assad sehingga mencetuskan kekacauan di Syria, sekali gus puluhan ribu rakyatnya bertindak melarikan diri ke sempadan ke negara jiran.

Menurut aktivis, daripada 10,000 pelarian yang melarikan diri ke Turki, masih berbaki 5,000 orang yang terkandas di sempadan Syria. Read the rest of this entry

Menteri Libya letak jawatan

TRIPOLI – Menteri Dalam Negeri Libya, Fawzi Abdel-Al meletak jawatan selepas Ahli Parlimen menuduhnya gagal menghentikan serangan merobohkan sebuah makam tokoh Islam dan masjid besar Sha’ab.

Menurut laporan agensi berita Libya, Al telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Abdurrahim El-Keib sebaik saja serangan berlaku, kelmarin. Read the rest of this entry

Lagi bantuan ke Myanmar

JAKARTA – Indonesia mengumumkan pasukan Palang Merahnya akan menghantar bantuan petugas ke lokasi keganasan penindasan berdarah yang menjerat umat Islam Rohingya sejak Jun lalu di barat Myanmar.

Lapan peserta Palang Merah untuk fasa pertama akan menaiki jet pejuang dari pangkalan tentera di ibu negara dengan membawa 500 alatan kebersihan, 3,000 selimut, dan 10,000 kain sarung. Read the rest of this entry

Keganasan terhadap penganut Syiah: Polis Indonesia tahan 7 orang

JAKARTA – Polis Indonesia menahan tujuh orang yang didakwa terbabit dalam serangan terhadap penganut Syiah di daerah Sampang, Pulau Madura, Wilayah Jawa Timur, pada Ahad.

Dua penganut Syiah dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden itu yang berlaku di sub-daerah Omben. Read the rest of this entry

Guna pendekatan diplomasi pujuk Myanmar

Kuala Lumpur: Malaysia dicadang supaya menggunakan pendekatan diplomasi untuk memujuk Myanmar menghentikan penindasan dan penghapusan etnik minoriti Rohingya di negara itu.

Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra Muzaffar, berkata Malaysia dilihat boleh memainkan peranan dengan berkesan kerana ia antara negara ASEAN yang menyokong kuat serta memudahkan kemasukan Myanmar ke dalam blok negara Asia Tenggara itu.  Read the rest of this entry

Tempias konflik Syria, imam Sunah maut di Lubnan

TRIPOLI – Seorang imam puak Sunah ditembak mati di bandar Tripoli, Lebanon sementara pertempuran baru tercetus antara kumpulan yang pro dan menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pertempuran yang bermula sejak subuh tadi dan berlarutan sehingga petang ini. Read the rest of this entry