Category Archives: Dakwah

Tanpa Islam.

Aku pernah bermimpi, tentang dunia tanpa Islam. Sangat mengerikan. Aku memberi salam, “Assalammualaikum..”  tiada siapa yang menyahut. Ku ulangi kembali salam itu, takut mereka tidak mendengarnya, namun dibalas dengan, “Apa kau merepek ni, dowh”

Read the rest of this entry

Advertisements

Mujahadah Cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sering kita ucapkan namun penghayatannya kurang, maka, sebelum kita teruskan membaca, banyakkan istighfar dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita termasuklah, perasaan kasih dan sayang yang dimiliki oleh kita semua. Cinta yang hadir dengan izin-Nya Yang Maha Kuasa. Read the rest of this entry

Jalan Menuju Mu [part 1]

Hidayah, taufik, cinta Allah malah syurga yang diimpikan umpama angin lalu sahaja. Kita tahu ianya ada, kita rasa kehadirannya, kita boleh merasai nikmatnya sebentar bila dibayangkan secara samar-samar tetapi, kita tidak pernah teringin untuk mengejarnya. Siapa saja yang akan mengejar angin?? Read the rest of this entry

Nifas Dan Penjelasannya

Tentang Nifas

Erti nifas dari segi syarak ialah darah yang keluar dari rahim selepas seseorang wanita itu bersalin. Darah nifas yang dimaksudkan dalam mazhab Imam Syafie termasuklah bersalin hidup, mati atau keguguran sama ada mengikut cara pembedahan atau normal. Read the rest of this entry

Perempuan,Musang berjanggut dan Maruah

“AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN.ADAPUN ANAK-ANAK MENTERI DATUK MENTERI SEKALIAN TIDAK LAYAK MENJADI ISTERI PATIK TUANKU!”

“TIDAK LAYAK? SEBAB?”

“MEREKA SEMUA BUKANLAH PEREMPUAN…

TETAPI BETINA SEMATA-MATA”

“TUN NILA, APA BEZANYA PEREMPUAN DENGAN BETINA?”

“AMPUN TUANKU. PEREMPUAN MEMELIHARA MARUAH. TETAPI BETINA MENJUAL MARUAH.”

Petikan dialog dari filem klasik Musang Berjanggut lakonan dan arahan P Ramlee mencuit minda dan rasa.Sudah berkali-kali menontonnya tetapi entah mengapa terasa seperti suatu pembelajaran yang lebih bermakna berbanding menontonnya pada suatu masa dahulu. Read the rest of this entry

Islam, Keperluan atau Kemahuan?

Alhamdulillah, bersyukurlah kita akan nikmat terbesar yang Allah bagi pada kita iaitu, nikmat Islam dan nikmat iman. Namun, bersedialah dari segi emosi dan rohani, kerana seterusnya, anda akan mula dicucuk-cucuk dengan perasaan dan pandangan yang berbeza. Pertama-tamanya, buatlah keputusan antara dua, adakah Islam itu keperluan atau kemahuan?

Read the rest of this entry

Ukhwah Yang Aneh

Hubungan antara manusia itu banyak. Hubungan kekeluargaan, hubungan kekasih, hubungan persahabatan dan banyak lagi. Semuanya bergantung pada niat dan sejauh mana kita mengenali seseorang. Tetapi, wujud juga satu hubungan yang aneh, yang tidak dapat dijelaskan dengan nyata tentang nikmatnya, hubungan yang tidak memerlukan kita saling mengenali dengan rapat untuk menjalin hubungan itu, hubungan yang bermula atas dasar saudara seIslam yang lebih dekat lagi dikenali sebagai ukhwah. Ukhwah yang aneh.

Read the rest of this entry

Meraih Keberkatan Syawal

تقبل الله منا ومنكم

-Semoga Allah menerima amalan saya dan amalan kalian-

Bismillah walhamdulillah. Saudara- saudara yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Salam penghormatan, salam kasih sayang dan salam kemaafan saya himpunkan kepada kalian dalam lafaz Assalamualaikum w.b.t. J

Kemeriahan Syawal masih lagi terasa maka rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat yang membaca coretan saya kali ini. Semoga Aidil Fitri ini memberi sesuatu yang lebih beerti apabila kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Insya Allah. J

Sahabat- sahabat yang saya muliakan,

Dalam keseronokan kita meraikan kemenangan di bulan Syawal ini, tidak lupa juga kita berharap kepada Allah s.w.t agar madrasah Ramadan yang telah kita lalui sebelum ini membawa barokah dalam kehidupan kita. Sudah tentu kehadiran Syawal ini juga diharapkan terus dinaungi keberkatan daripada Allah s.w.t. Justeru, inilah topik yang ingin saya bincangkan dalam ruangan kali ini iaitu “Meraih Keberkatan Syawal” Read the rest of this entry

Di Sebalik Tawa

“Perempuan yang banyak cakap dan banyak ketawa adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam.” –uai-
Kata-kata yang sangat mendalam maksudnya. Read the rest of this entry

Bertentangan pesanan Nabi

DAGING kucing merupakan daging yang digemari malah mendapat permintaan ramai di beberapa negara. Selain sebagai binatang peliharaan, kucing masih diternak dan disembelih sebagai sumber protein di negara seperti Myanmar, Vietnam dan China.

Di negara-negara yang menyayangi kucing sebagai haiwan peliharaan yang sewajarnya disayangi, menganggap memakan daging kucing adalah tindakan tabu dan bertentangan dengan kebiasaan manusia bertamadun sehingga amalan memakan daging haiwan comel itu di beberapa buah negara mendapat kecaman keras dunia. Read the rest of this entry