Category Archives: Motivasi

Malaysia … Apakah Kita Negara Darul Tarfih (Darul Hiburan) ?

Saya peminat gusti. Hari Ahad, malam Isnin lalu saya berehat sejenak di hadapan TV menonton “WWW Experiences” di saluran Astro 104. Dicelah-celah iklan, saya bermain-main dengan remote control dan terserempak dengan rancangan bintang LG Starz peringkat akhir. Saya jarang menonton dan tidak berminat program hiburan seperti itu. Saya sekeluarga langsung tidak pernah melayan program Akademi Fantasia sejak AF1. Malam itu saya bertekad mahu berselang seli di antara program gusti dan hiburan sebab bercadang mahu menulis sedikit mengenai pola hiburan yang keterlaluan di negara kita. Read the rest of this entry

11 Rahsia Anak Hebat

Selama tujuh belas tahun menjalankan program motivasi bagi para pelajar dan setelah lebih seratus ribu pelajar yang menyertai program-program yang dijalankan maka didapati anak hebat melakukan sesuatu (sama ada mereka sedar atau tidak) yang tidak dilakukan oleh anak-anak biasa. Apabila kita bertanya kepada anak ini apa rahsia kehebatannya maka dia sendiri sukar menjelaskannya. Sebab itu bukan bidangnya. Namun, cara fikir, sikap, tingkah laku, tindakan serta cara mereka memberi reaksi kepada sesuatu perkara amat berbeza berbanding anak-anak yang biasa pencapaiannya. Read the rest of this entry

Facing the Giants: Atlet Biasa Yang Luar Biasa

“Apa yang kamu rancangkan untuk PMR ini?” saya bertanya.

“Saya mahu keputusan yang cukup-cukup untuk masuk sekolah lain” jawab anak muda itu.

Tidak mahu lebih-lebih.

Beliau menyebut nama sebuah sekolah terkenal di ibukota.

“Kenapa? Tidak mahu bersekolah di sini lagi?” saya melanjutkan pertanyaan.

“Sekolah ini tidak seronok. Saya minat ragbi. Sekolah ini tiada ragbi!” katanya.

Penuh yakin.

Demikianlah ceritanya. Read the rest of this entry

Filem Hantu, Cinta dan Komedi …. Masyarakat Melayu Masih Utamakan Hiburan !

Dua hari yang lepas saya telah membeli sekeping cakera DVD bagi filem “Aku Tak Bodoh” (ATB) adaptasi dari filem asal “I Not Stupid 2″ (INS2) arahan Jack Neo dari Singapura.  Sebenarnya saya telah mencari DVD filem ini sejak dua bulan yang lalu, malang sekali penjual DVD yang lazimnya biasa dengan filem-filem tempatan mahu pun luar negara langsung tidak pernah dengar akan kewujudan filem ATB. Ia menunjukkan filem ini tidak mendapat tempat dan perhatian masyarakat. Hairan bin ajaib ! Read the rest of this entry