Category Archives: Puisi & Cerpen

Cium???

 

Ketika itu kami berada dalam sebuah bilik kuliah yang agak kecil. Mungkin boleh memuatkan seramai 100 orang sahaja. Aku dan teman-temanku, duduk sebaris di bahagian yang agak kebelakang sedikit. Di hadapan kami, sekumpulan gadis bersama kawan-kawan lelaki mereka sedang berborak suka. Mereka sahaja yang duduk bercampur lelaki perempuan. Manakala, di bahagian tempat duduk hadapan sekali, dipenuhi dengan pelajar-pelajar lelaki. Pelajar perempuan lain pula memenuhi  tempat duduk di belakang kami. Read the rest of this entry

Advertisements

Jadilah Imamku

Sering kali, kata-kata cinta itu untuk sang wanita, jadi, wahai Adam, inilah kata-kata cinta buat anda..

Read the rest of this entry

Angin Bayu

Angin bayu..

Menderu berlalu menyapa tubuh,

Apakah ingin membawa berita gembira atas ketaatanku?

Atau sebagai amaran atas kelalaianku?

Bayu subuh,membangkit sendi,

Mengorak langkah,menggamit hati,

Aku ingin menghadapMu..

Menyatakan kesyukuran ke langit tinggi,

Kerana membangkitkan aku sekali lagi,

Duhai bayu kiriman sang pencipta,

Usah hanyutkan aku dalam kedinginanmu,

Usah selimutkan aku dalam nyaman dakapanmu,

Kerna dalam nyaman dan dingin,

Yang aku temui hanya guguran bunga yang layu,

Sedangkan dalam jerih terik mentari,

Biar basah dititis keringat,

Yang aku temui adalah kuntuman-kuntuman bunga yang mekar,

Benar kata pujangga…

“yang pahit itu sebenarnya indah”

Andai disulami ILMU dan MUHASABAH..

 

 

 Nukilan : Nurul Shuhada Bt Hamidon

KU SEBUT ASMA-MU

Allah

Ketika aku berdosa

Tolong maafkan aku

Tolong kasihani aku

Agar bisa lepas dari noda yang membelenggu

Read the rest of this entry

Istimewanya Cinta

Fitrah manusia perlukan cinta

Lantaran itu terciptanya Hawa

Hadiah Allah buat insan istimewa

Menemani Adam meniti bahagia Read the rest of this entry

Ya Allah

Ya ALLAH..

Insan yang sedang menangis itu,

Adalah sahabatku,

Insan yang sedang merintih itu, Read the rest of this entry

Kerana Aku Cinta Dia

Terbelenggu di antara dua pilihan. Orang yang kita cintai atau orang yang mencintai kita. Mana satukah yang akan menjadi temanku di syurga. Akhirnya, aku memilih cinta ‘Dia’, kerana aku cinta dia. Read the rest of this entry

Akukah Rama-Rama Itu?

Berdasarkan sebuah kisah yang dilalui seorang gadis biasa. Renungilah wahai kaum HAWA.

Badanku terasa sedikit sejuk. Satu-satunya tempat yang aku  boleh jadikan tempat berteduh saat itu hanyalah sebuah surau kecil. Bercahaya tempatnya. Tenang melihatnya.

Aku tanpa teragak-agak, melangkah masuk. Tanpa memberi salam, tanpa mengendahkan kaki mana yang mendahului, asalkan aku masuk.

Kosong. Read the rest of this entry

Bersujudlah

Jika kamu terlupa, dia akan meingatkanmu
Jika kamu leka, dia akan menegurmu
Jika kamu bersedih, dia akan memujukmu
Jika kamu marah, dia akan menyabarkanmu Read the rest of this entry

Pesanan Buat Wanita

Buat kaum wanita
Jadilah wanita yang sederhana
Jangan buat diri mudah digoda
Oleh setiap pemuda-pemuda
Dan jangan pula berasa suka
Apabila diri digoda Read the rest of this entry