Category Archives: Teknologi

Doodle Google Sempena Kemerdekaan ke-55 Tahun

Selamat hari kemerdekaan ke-55 tahun kepada semua rakyat Malaysia semoga kita dapat mengekalkan keamanan di bumi bertuah ini dengan rahmat Allah. Adakah anda semua perasan dengan kelainan yang dibawa oleh Google setiap hari? Google juga telah menukar doodle mereka sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Jika kita masih ingat tahun lepas google juga telah menukar doodle Read the rest of this entry

Advertisements

Sokongan AutoComplete Pada Carian GMail Menawarkan Lebih Banyak Bahasa

GMail kini menawarkan sokongan AutoComplete pada carian melalui kotak carian yang disediakan dalam email pengguna dengan tambahan lebih 47 sokongan bahasa lain, menurut sumber. Jika Mei lalu, sokongan ramalan carian kandungan dalam email ini hanya menyokong Bahasa Inggeris sahaja. Read the rest of this entry

Apple Lancar iPhone September, iPad Mini Oktober

Dua peranti yang ditunggu-tunggu oleh pengguna seluruh dunia lebih-lebih lagi buat peminat Apple adalah iPhone generasi baru dan iPad Mini yang bersaiz kecil. Seperti biasa, Apple akan memperkenalkan peranti baru ini pada tarikh yang berbeza-beza. Laman All Things D mengesahkan iPhone generasi baru akan diperkenalkan pada September ini, manakala iPad Mini sekitar Oktober. Read the rest of this entry

Logo Korporat Baru Microsoft Diperkenalkan

Setelah 25 tahun dalam industri pengkomputeran, Microsoft hari ini melancarkan logo korporat baru untuk penjenamaan terbaru mereka yang berkonsepkan Metro. Logo ini lebih membawakan rekabentuk yang lebih konsisten terhadap semua produk keluaran mereka. Read the rest of this entry

Permainan Super Slipper Sedia Dimuat Turun Ke Peranti Android

Setelah mengalami penangguhan selama beberapa hari, akhirnya aplikasi permainan Super Slipper yang dibangunkan oleh pembangun tempatan untuk platform Android tersedia di Google Play Store dan sedia untuk dimuat turun. Read the rest of this entry

Laman Cetak Rompak Untuk Android Disita

Mungkin ini berita buruk bagi penggemar aplikasi cetak rompak untuk Android.

3 laman web terbesar cetak rompak bagi aplikasi Android iaitu Appbucket, Snappzmarket, dan AppPlanet untuk Android telah disita oleh penguatkuasa undang-undang sebagai sebahagian dari operasi yang turut melibatkan penguatkuasa negara Belanda dan Perancis, menurut sumber. Read the rest of this entry

Sony Melancarkan Promosi Untuk Hari Raya Aidilfitri

Sempena Hari Raya Aidilfitri ,Sony  Malaysia Melancarkan promosi telifon bimbit dengan harga yg berpatutan. Dalam promosi tersebut telifon bimbit akan disertakan beberapa eksesori seperti set kepala,botol air, beg kitar semula dan beberapa lagi eksesori yang Read the rest of this entry

Segalanya Berkaitan Hari Internet Blackout #Stop114A

Bagi para pengguna yang mengikuti perkembangan internet tempatan, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan Internet BlackOut Day ataupun Hari Internet BlackOut yang diadakan hari ini, anjuran beberapa badan bebas dalam membantah akta baru yang mengancam kebebasan berinternet di Malaysia. Read the rest of this entry

Google Mula Memperkenalkan URL Yang Lebih Ringkas Untuk Google+

Laman sosial Google, Google+ kini memperkenalkan URL yang lebih ringkas dan menarik kepada beberapa halaman profil, menurut beberapa sumber. Sebelum ini, URL yang digunakan lebih panjang dengan menggunakan angka rawak yang sukar diingati. Read the rest of this entry

Aplikasi Al Fatihah Kids Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Terdapat pelbagai aplikasi pembelajaran disediakan oleh pembangun tempatan. Terkini, Digital Durian memperkenalkan aplikasi Al Fatihah Kids sebagai kaedah interaktif dalam memfokuskan kanak-kanak mempelajari surah Al Fatihah bersama terjemahan. Read the rest of this entry